Khamis, 19 Mei 2011

soalan upkk


PeNdIDiKaN IsLaM TaHuN 5

ASSALAMUALAIKUM...

salam untuk semua...

blog ini disediakan bagi semua bakal guru

Pendidikan Islam...


This Blog
Linked From Here
The Web
This Blog
 
 
 
 
Linked From Here
 
 
 
The Web
 
 
 

Saturday, January 1, 2011

SOALAN AKHLAK ISLAMIAH TAHUN LIMA (UPKK)


1) Apakah hukum mencari rezeki yang halal?
    a. wajib                 c. sunat
    b. makruh              d. haram

2) Berikut adalah adab2 bekerja kecuali...
    a. rajin                   c. malas
    b. amanah              d. bertanggungjawab

3) Berikut adalah pekerjaan yang halal kecuali...
    a. menjual ikan       c. menjual dadah
    b. pemandu teksi    d. pemain bola

4) Umat Islam diharamkan bekerja sebagai...
    a. doktor                c. pencuri
    b. ahli politik           d. ahli sukan

5) Apakah ciri2 pekerjaan yang baik?
    a. malas                 c. amanah
    b. menipu               d. suka bergaduh 

6) Kita hendaklah berpakaian kemas dan menutup.............semasa bekerja.
    a. mata                  c.aurat
    b. muka                 d. kaki

7) Kita hendaklah menjual beli dengan barang yang............
    a. rosak                 c. berkualiti
    b. tamat tempoh     d. haram dijual

8) Ciri-ciri barangan jual beli dalam Islam ialah
    a. halal dan bersih     c. berkeadaan rosak
    b. tiada tanda harga  d. tiada manfaat

9) Kita hendaklah memastikan alat permainan dalam keadaan...........sebelum bermain.
    a. selamat                 c. berbahaya
    b. rosak                   d. kotor

10) Kita dilarang..................semasa bermain.
     a. tidak adil              c. bekerjasama
     b. bergaduh              d. emosi

11) Antara berikut adalah adab-adab ketika berjalan kecuali...
      a. bersalam dengan ibu bapa   c. berpakaian menutup aurat
      b. berjalan dengan sopan        d. bermasam muka bila berjumpa

12) Apakah akibat tidak mengamalkan adab-adab berjalan?
      a. diberi pahala                       c. dikeji dan dicaci
      b. dihormati masyarakat          d. selamat dalam perjalanan

13) Apakah yang tidak boleh dilakukan dalam bertanya?
      a. memberi salam                    c. meminta izin
      b. bertanya dengan nada         d. bertanya perkara yang menyinggung
          yang lembut                            orang lain

14) Siapakah orang yang layak kita tanya tentang ilmu agama?
      a. kawan                    c. orang tempatan
      b. cikgu memandu      d. ustaz atau ustazah

15) Apakah akibat bertanya dengan tidak beradab?
      a. akan menghadapi     c. disukai masyarakat
          masalah
      b. tidak sesat jalan        d. ramai kenalan

16) Apakah hikmah beradab dengan orang tua?
      a. mengajar kita menghormati orang lebih tua
      b. dapat memutuskan tali persaudaraan
      c. tidak mendapat pahala
      d. tidak dapat belajar ilmu daripada mereka

17) Apakah adab bergaul dengan jiran?
      a. bermasam muka        c. tidak menghormati jiran
      b. selalu bermusuhan     d. mengambil berat tentangnya
18) Jiran adalah orang yang tinggal berdekatan dengan rumah kita, iaitu dari setiap penjuru rumah
      a. 40 buah restoran        c. 40 buah rumah
      b. 40 buah kedai            d. 80 buah rumah

19) Apakah perkara yang tidak boleh dilakukan kepada jiran?
      a. selalu bermusuhan       c. selalu tolong-menolong
      b. selalu bertolak ansur   d. selalu menziarahi
20) Apakah perkara yang tidak boleh dilakukan semasa menziarahi jenazah?
     a. membaca doa untuk     c. bermain
         si mati 
     b. mengucap takziah         d. mengusung jenazah

21) Ucapan perlu dimulakan dengan...............dan selawat.
      a. salam                c. cacian
      b. marah               d. masam muka

22) Apakah ciri-ciri pemimpin yang baik?
      a. tidak adil                  c. kurang peka dengan masalah
      b. akhlak yang buruk    d. akhlak yang mulia

23) Apakah yang tidak boleh dilakukan semasa ditanah perkuburan?
      a. memberi salam kepada         c. berbual kosong
          ahli kubur
      b. memakai pakaian menutup    d. tidak melangkah diatas kubur
          aurat

24) Sebelum berjalan kita perlulah.....
      a. membuka aurat              c. berdoa
      b. berkaki ayam                 d. berlari

25) Apakah contoh tidak beradab dengan orang tua?
      a. bercakap dengan kasar         c. memberi salam
      b. memanggil dengan hormat    d. tidak menyampuk perbualan
26) Apakah faedah beradab dengan orang tua?
      a. disayangi keluarga               c. dibenci orang tua
      b. tidak mesra dalam bergaul   d. sentiasa bersedih

27) Apakah faedah beradab ketika makan?
      a. menjatuhkan maruah            c. dipandang hina
      b. dihormati allah                     d. mendapat penyakit

28) Tetamu ialah orang yang.............menziarahi kerumah kita.
      a. orang                                   c. kucing
      b. kambing                               d. datang

29) Apakah faedah beradab ketika melayan tetamu?
      a. susah mendapat rezeki          c. mengerat silaturrahim
      b. dipinggir masyarakat             d. dibenci orang

30) Semasa menziarahi orang tua, kita perlulah memilih masa yang....
      a. sibuk                                c. suntuk
      b. sempit                              d. sesuai



0 comments:


Post a Comment



Jumaat, 18 Mac 2011

18.3.2011

ala aq rindu la sdare aq...
ermmm....
dier dah blk da......
bln 6 dh x dpt jumper agak nyer...
bye2

Khamis, 10 Mac 2011

bln islam

Jamadil Akhir
Wataknya berani, dia hormatkan orang lain.
Berbagai kepandaian ada padanya. Apabila dia
tahu bahawa dia salah atau keliru maka dia mudah
mengakuinya,
tapi bila dia tahu dia benar, pendiriannnya keras
dan tidakmahu mengalah. Semasa kecilnya,
ibubapanya perlu mendidiknya dengan baik agar
terserlah sifat-sifatnya yang baik itu, kerana jika
betul didikannya, masa dewasa ia akan
menyenangkan kedua orang tuanya.

Lelaki & Wanita

WANITA : Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
LELAKI : Kamu!!!
WANITA : Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI : (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti). Kamu, tulang rusukku!

Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKImencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya... Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukanmasing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan. Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas.

Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak cintakan sayalagi!!!". LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulangrusukku!!!"

Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat. LELAKImenyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telahtertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah. "Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi. Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing".

Lima tahunberlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusahamencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai. LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya. Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit dihatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.

Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.

LELAKI : Apa khabar?
WANITA : Baik... kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI : Belum.
WANITA : Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu nombor telefon saya kan? Tidak ada yang berubah.

WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz "Selamat tinggal..."

Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban nahas kapal terbang. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit di hatinya. Akhirnya dia sedar bahawa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan.

16 ulasan:


Tanpa Nama berkata...
org slalu ckp lelaki xbleh hdup tnp wnta.....erm kdg2 tpkir jgk aku, kalu sling bgntungan knp ada pergaduhan pelik kn???? sbnarnya kta kna mghrgai psngn kta bru la hdup kta bhgia...ada pepatah mgtakan "HAWA dcptakan drpd rusuk ADAM bkn drp kpla untk djunjung, bkn drp kakinya untk djdkn alas kaki ttp d jdkn tman hdupnya, dkt dgn lengannya untk d lindungi, dkt dgn htinya untk d cntai...
Tanpa Nama berkata...
huhuhuhu.. tharu tol.. ak bngge jd pompuan kdg2 cinta i2 pnin tuk kte phmkn kdg2 cinta i2 pyh tuk kte uraikn kdg2 cinta i2 skr tuk kte lfazkn kdg2 cinta 12 rumit tuk kte fkirkn kdg2 cinta i2 phit tuk kte knangkn kdg2 cinta i2 sulit tuk kte singkpkn brape bnyk kdg daaaa....
Tanpa Nama berkata...
hidup ini bagaikan sebuah pengembaraan. kita akan berhenti singgah di beberapa perhentian sebelum akhirnya sampai ke destinasi nan abadi. sepanjang perjalanan itu, pastinya pelbagai pengalaman dpt dikutip.. pastinya banyak pertemuan dapat disingkap.. dan pastinya perpisahan mengakhiri segalanya..sbg manusia biasa, pasti tidak dpt lari lari khilaf. jgn biarkan syaitan membisikkan ke hati.ikut kata hati..mati lah jawabnya..
Tanpa Nama berkata...
Tetapi kadang kala tulang rusuk yang tidak tetaplah atau yang tidak sesuai yang menyucuk dan tidak menyenangkan hati terutama pada hari - hari ini banyak yang berakhir terbakar kecuali yang beriman.
Tanpa Nama berkata...
kadang-kadang kita tidak tahu yang mana itu tulang rusuk kita apabila wanita mula mnyintai lelaki , lelaki mula curang kepada wanita. apabila wanita tidak mengharapkan apa-apa pada lelaki dituduhnya wanita tidak menyintainya. kaum wanita perlu buat apa untuk buat kaum lelaki puas hati dengan kehidupan
Tanpa Nama berkata...
kenapa kadang2 tu bila kita dah menjumpai tulang rusuk kita tapi akhirny wanita yg kita kahwini itu bukan tercipta utuk kita lantas kita menceraikan nya.lalu kita mengahwini wanita lain.megapa ada ny perpisahn sedangkan meraka pernah bersama berkongsi suka dan duka?jadi wanita pertama yg kita kahwini itu bukan tulang rusuk kita ke?dan jika benar tulang rusuk itu hilang megapa kaum adam dibenarkan berkhwin lebih dari 1?
Tanpa Nama berkata...
kdg2 cinte e2 mmg pahit...tapi knpe??ssh utk kite ungkpkn..bg sye cinte 2ibrt pemancing,,cube pk kn.....bsr mknenye...hehehe
Tanpa Nama berkata...
kalu wanita dijadikn utk dilindungi oleh lelaki knp masih ada lelaki yg menyakiti wanita? contohnya kes suami dera isteri? saya pn wanita juga...saya rasa takut nak kahwin...tolong la yakinkan saya semula tentang kebaikan yg masih ada pada diri lelaki...
Tanpa Nama berkata...
Sesungguhnya perkahwinan ibrt perjudian. Tak cuba tak tahu, nak cuba, kena dptkan restu dari Allah. Pohonlah dariNya agar kita dpt jodoh yg baik. InsyaAllah Dia akan bantu kita. Yakinlah....
Tanpa Nama berkata...
sedubSesungguhnya perkahwinan ibrt perjudian. Tak cuba tak tahu, nak cuba, kena dptkan restu dari Allah. Pohonlah dariNya agar kita dpt jodoh yg baik. InsyaAllah Dia akan bantu kita. Yakinlah....
Tanpa Nama berkata...
Sesungguhnya perkahwinan ibrt perjudian. Tak cuba tak tahu, nak cuba, kena dptkan restu dari Allah. Pohonlah dariNya agar kita dpt jodoh yg baik. InsyaAllah Dia akan bantu kita. Yakinlah....
Tanpa Nama berkata...
jika da p'gaduhan itu lumrah k'hidupan.........xsemestinya happy selalu..xlengkap la hidup..aku b'doa akulh tulang rusuk kekasihku skg..amin
Tanpa Nama berkata...
memeng betul..inilah ciptaan ilahi..bila kita kehilangan seseorg yg kte syg sgt2 ia akn mbuatkn kte ksakitan..jgn myesali dgn pe yg tlh kte lakukn..sesungguhnye plhn yg kte buat tu adlh sebaik2nye..jgn plh pd rupa,hrta mahupn darjatnye,sebakliknye pilih la pd agamanye,sesungguhnye agama la akn mbuatkn kte bhgia
Tanpa Nama berkata...
Wanita mank Tlung Rsuk dRi pd lki2 tp bkan bRarti lelaki seska aTi ny sJa nk bT pa yG dy nk... bTl kHan??? sMw wNta mank iNgn dicintai n disanyAngi... aTi wnta sGt sCi bGai kN sEptih kPas.. jd wNta 2 mNcntai seOrang lelaki pNuh prasaAn yG tLus n muRni..
Tanpa Nama berkata...
untuk merasai diri disayangi, terlebih dahulu kite menyayangi org lain, untuk rse dhargai terlebih dahulu kite menghargai org lain..terima seadanya teman idup kite krn diri kite bkn nye sempurna utk mencari kesempurnaan org lain...
Tanpa Nama berkata...
Emm...xdpt hyati sgt coz xpenah bcinta ag...P smoga suatu hari nanti de insan bnama suami y dpt mghargai cinta suciku ini...